Khamis, 6 Jun 2013

Ko-kurikulum selaras dengan hasrat FPN.



Melalui pembacaan, saya dapati bahawa kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, bakat, minat, jasmani, rohani, dan pembentukan nilai-nilai estetika dan sosial yang positif di dalam diri dan jiwa pelajar-pelajar selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

Kegiatan kokurikulum dapat meningkatkan disiplin murid dan dapat mengurangkan masalah disiplin ke tahap yang paling minima. Ia juga dapat mewujudkan budaya sekolah yang sihat di samping membina dan meningkatkan minat dan bakat para pelajar dalam bidang yang diceburinya.

Pelaksanaan kokurikulum perlulah dirancang dengan rapi dan dijalankandengan sistematik dapat mencapai objektif melahirkan generasi yang berpendidikan tinggi dan bersahsiah mulia.

Salah satu kepentingan tersebut adalah untuk melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi, bijak berkomunikasi dan pandai bergaul dengan pelbagai kaum.

Para pelajar jua akan mempelajari cara-cara untuk memberikan arahan serta memimpin sesebuah organisasi. Hasil positifnya, maka akan lahirlah pemimipin yang cekap, berilmu, dinamik, inovatif dan kreatif .

Para pelajar juga akan memperoleh pengalaman seperti mempelajari kaedah-kaedah pertolongan cemas. Ilmu dan pengalaman ini amat penting bagi setiap pelajar untuk mengharungi kehidupan.

Kokurikulum dapat memberi asas pemilihan dan penghayatan kepada kerjaya pelajar. Kokurikulum dapat membantu dan melengkapkan pembelajaran dan pengajaran serta dapat menimbulkan kesedaran dan penyediaan pemilihan kerjaya kepada pelajar.Melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan  dapat memberi pengetahuan dan kemahiran yang berguna apabila pelajar memasuki dunia pekerjaan kelak. Ini adalah kerana mereka telah diberi pendedahan dan pengetahuan awal.

Kokurikulum juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk melatih diri sendiri untuk menjaga kesihatan diri, berdisiplin, memupuk minat dan bakat serta membina semangat untuk menghayati perpaduan dan kewarganegaraan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan