Khamis, 6 Jun 2013

Keperluan modular KBSR



Izinkan saya memurnikan ruang ini dengan menjelasakan pecahan modul sebagai elemen modular yang utama dalam organisasi KBSR.

Ditinjau melalui keperluan Modul Teras Asas yang perlu dipelajari oleh semua anak didik iaitu ianya  merangkumi bidang pembelajaran asas yang terdiri daripada

    Modul Bahasa,
    Modul Matematik,
    Modul Pendidikan Jasmani,
    dan Modul Pendidikan Kesihatan.
    Modul Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid beragama Islam, manakala Modul Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama Islam.

Sementara Modul Teras Tema pula dilihat jelas menggabungkan beberapa disiplin ilmu dalam satu modul. Modul Teras Tema juga dimestikan untuk dipelajari oleh semua murid.

Terdapat dua modul Teras Tema iaitu

    Dunia Kesenian (iaitu dan terdiri daripada Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik)
    Dunia Sains dan Teknologi (DST) pula menggabungkan disiplin Sains, Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK).

Modul elektif merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan kepada murid. Modul ini ditawarkan untuk membolehkan murid berkemahiran dalam pelbagai bahasa yang kini menjadi keperluan dan tuntutan agar berada di lingkungan zon cemerlang.

Maka bagi mengorganisasikan KBSR dengan jayanya, barisan pengurusan sekolah perlu memilih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan